KENYATAAN : Jadual 'MidTerm' Tahun 2 PERUBATAN Universiti Tanta

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

KENYATAAN : "Menjelang Final Exam, di mana titik PECUTAN anda?"

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Anatomy Mid Year Examination

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

1ST Assesment Exam for Physiology

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Assesment Quiz for Histology

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

"FREE PALESTINE" Flashmob by AVICENNA Tanta University

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Anatomy TURBO Workshop

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Saturday, April 13, 2013

KENYATAAN : Menjelang "Final Exam" di mana titik PECUTAN anda?



Assalamualaikum wbt.

Meniti saki baki hari yang tinggal sebelum bermulanya pertempuran medan peperiksaan akhir pelajar PERUBATAN tahun 2, Universiti Tanta, Mesir. Adalah diharapkan agar semua dapat melakukan persiapan yang rapi dan secukupnya untuk mengahadapi peperiksaan yang kurang lebih 3 minggu sahaja lagi.

Tidak dinafikan, 3 minggu adalah jangka masa yang panjang, namun lakukanlah perisapan seawal dan serapi mungkin agar tidak berlaku keciciran semasa menghadapi peperiksaan kelak. Cubalah sedaya dan sebaik mungkin untuk memfokuskan pelajaran anda di samping mengulangkaji semua subjek yang telah dipelajari sekaligus dapat memastikan anda telah meliputi semua tajuk dalam setiap subjek yang anda pelajari sepanjang tahun 2 ini. Kurangkan aktiviti berat yang boleh membuatkan diri anda hilang tumpuan terhadap pelajaran anda, sebaliknya tambahkan waktu masa ulangkaji anda.

Rancanglah trek perjalanan anda dengan teliti dan letakkan titik titik tertentu di mana anda boleh lakukan pecutan. Juga kepada mereka yang "carry" subjek, janganlah mengalah dan tingkatkan lagi usaha anda, usaha sehabis baik, semampu mungkin, dan akhir sekali barulah berserah kepada Allah SWT.

Kami di pihak organisasi Avicenna akan cuba sedaya upaya membekalkan anda dengan maklumat dan info-info penting di samping cuba mendapatkan apa jua bahan penting yang boleh dikongsikan untuk memudahkan anda melakukan ulangkaji sepanjang musim peperiksaan ini.

Rajin-rajinkanlah diri untuk melihat laman sosial group avicenna untuk mengetahui segala info-info terkini yang dikemaskini dari masa ke semasa agar tidak berlaku sebarang keciciran maklumat di sepanjang fatrah imtihan ini.



Akhir sekali, kami mengalu-alukan apa juga masalah yang timbul pada diri anda untuk dikongsi kepada kami, dan kami akan cuba memberi pertolongan semaksima mungkin. Selamat mengulangkaji pelajaran, dan semoga apa juga yang anda lakukan, akan lebih mendekatkan diri kepada sang pencipta, Allah SWT. Semoga sepanjang fatrah imtihan ini, kita saling menjaga hak0-hak yang perlu dijaga sama ada sesama kita, manusia mahupun hak kita sesama Allah SWT. Semoga Allah redha dengan usaha kita untuk menjadi doktor MUSLIM yang berjaya duniawi dan ukhrawi, InsyaAllah.

"Usaha seperti tiada tawakkal, dan tawakkal seperti tiada Usaha"

Sekian, terima kasih.

Oleh : Mohamad Jeffrey Bin Ismail, Ketua Batch AVICENNA Tanta University.  

Tuesday, April 9, 2013

MOCK Practical Anatomy 1.0




8 APRIL. 2013, DPT -  MOCK Practical Anatomy 1.0 anjuran Biro Akedemik Perubatan Cawangan Tanta (BCAD) telah berlangsung dengan penuh jayanya, bertempat di Dewan Pelajar Tanta (DPT).

Program berjalan dengan lancar meskipun terdapat sedikit masalah teknikal, namun program berakhir dengan penuh jayanya.

Program yang mendapat penjenamaan nama semula sebelum ini dikenali dengan "bengkel anatomy", kini diubah kepada MOCK Practical Anatomy, namun masih lagi menggunakan konsep yang sama, iaitu pembelajaran secara berkumpulan.

Seramai 13 orang tenaga pengajar yang terdiri daripada senior-senior yang berkemahiran telah melaksanakan tugasan mereka dengan sangat baik, dan kelihatan berjaya memberi impak kepada seluruh pelajar yang hadir. Tahniah dan Syabas diucapkan!

MOCK Practical Anatomy 1.0 memberikan penekanan kepada yajuk "Cervical Vertebra, Skull and  Mandible" & akan disambung pada edisi 2.0

Akhir sekali, MOCK Anatomy Practical 2.0 pastinya akan memberikan lebih banyak input berguna buat seluruh pelajar PERUBATAN tahun 2 sekaligus mempersiapkan bekalan untuk menghadapi "Anatomy Final Exam (Practical)" yang dijadualkan akan berlangsung pada 4/5/2013.

Setinggi penghargaan dan jutaan terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada seluruh AJK pelaksana yang telah bertungkus lumus menjayakan MOCK Practical Anatomy 1.0 semalam dan semoga akan terus  memberikan lebih banyak ilmu pada MOCK edisi 2.0 akan datang.






Monday, December 17, 2012

KENYATAAN : Selamat Mengundi Calon AJKT 2013/2014



Assalamualaikum wbt

Bahang Pilihanraya kian terasa. Selamat mengundi buat semua ahli AVICENNA. Tapi sebelum itu, sukalah diingatkan kepada mana-mana ahli yang belum membayar yuran PERUBATAN sesi lepas dan sesi ini sebanyak 20LE/sesi, agar dapat bersegera membayar yuran keahlian kepada ketua group masing-masing. Hal ini perlu bagi memastikan anda benar-benar layak untuk turun mengundi calon pilihan anda.

Untuk pengetahuan semua, setiap ketua group telah disertakan senarai ahli yang belum membayar yuran keahlian PERUBATAN sebanyak 20LE, dan diharapkan agar ahli dapat menyemak semula dengan ketua/pen.ketua group masing-masing sekaligus menyelesaikan pembayaran yuran yang tertunggak.

Sedikit pencerahan, yuran perubatan sebanyak 20LE/tahun akan digunakan untuk pembiayaan program-program cawangan (PCT), program-program batch dan lain-lain program. Manakala yuran pejabat sebanyak 24LE/tahun akan digunakan untuk membiayai kos operasi pejabat PCT.

Akhir sekali, selamat mengundi buat seluruh warga AVICENNA, dan pada tahun ini, sukacita dimaklumkan bahawa batch AVICENNA sendiri telah diwakilkan oleh 4 orang calon, 2 orang calon ikhwah, dan 2 orang calon akhwah. Semoga dengan adanya undian daripada ahli Avicenna, dapat menaikkan mereka menjadi AJKT PCT 2013/2014. Selamat bertanding kepada para calon dan selaamat mengundi! undilah dengan bijak!

Sekian, terima kasih.

Oleh : Mohamad Jeffrey Bin Ismail, Ketua Batch AVICENNA Tanta University.  

Sunday, December 9, 2012

KENYATAAN : Jadual 'Mid Term' Tahun 2 PERUBATAN Universiti Tanta 2013


Assalamualaikum wbt.

Selamat Menghadapi Peperiksaan Pertengahan Tahun bagi seluruh ahli batch AVICENNA.
Butiran peperiksaan :

Tarikh : 14/1 - 24/1/2013
Tempat : Tingkat 1, Fakulti Perubatan Universiti Tanta
Masa : 10.00 pg

"Benarlah usaha itu tangga kejayaan. Tetapi jika tiada kesungguhan dan niat bukan kerana Allah, samalah seperti anda menggunakan tangga untuk turun ke bawah"

Muat Turun Jadual Peperiksaan Pertengahan Semester Tahun 2 PERUBATAN Universiti Tanta (Print File).

Oleh : Mohamad Jeffrey Bin Ismail, Ketua Batch AVICENNA Tanta University.  

Tuesday, December 4, 2012

KENYATAAN : Selamat Menempuh Musim Peperiksaan



Assalamualaikum w.b.t

Musim peperiksaan pertengahan semester kian menghampiri, sejauh manakah tahap persediaan anda semua? Diharapkan agar kita semua sudah mula melakukan persiapan dan persediaan bekalan yang lebih awal untuk dibawa ke dalam dewan peperiksaan kelak.

Musim peperiksaan sememangnya adalah satu musim yang amat menguji daya ketahanan mental semua orang, tidak kiralah dalam mana-mana bidang sekalipun, musim peperiksaan adalah musim yang sangat tidak digemari oleh kenyakkan pelajar.

Bagi mereka yang telah mula mempersiapkan bekalan untuk menghadapi medan pertempuran 'Mid Term' yang akan berlangsung kurang lebih sebulan sahaja lagi diucapkan selamat mempersiapkan bekalan, dan bagi mereka yang masih belum bermula lagi, jangan khuatir kerana belum terlambat untuk kita mempersiapkan diri dan bekalan kita. Namun, ini bukanlah bermakna kita perlu melengah-lengahkan masa yang ada.

Dalam satu hadis,
"Jika di tangan kalian ada benih kurma dan kalian tahu esok kiamat akan datang tetap tanamlah benih kurma itu. Jangan biarkan kiamat datang tanpa menanam benih kurma itu." 
(Bukhari dan Muslim)

Seterusnya, dalam kita semakin menghampiri fatrah 'Mid Term' ini, suka diingatkan kepada semua agar kita sama-sama menjaga hak yang perlu dijaga, semoga hak-hak ini tidak akan sama sekali kita abaikan semata-mata kerana mengejar kejayaan yang belum pasti milik kita. Dan kepada mereka yang memiliki lebihan ilmu, harapnya agar ilmu itu dapat dikongsikan kepada sahabat-sahabat kita lain. Jangan kita terlalu sombong dengan ilmu yang Allah pinjamkan kepada kita. Semoga persiapan dan perjalanan peperiksaan pertengahan semester ini akan lebih baik dari tahun lepas dan moga-moga Allah mengurniakan kejayaan pada kita semua.

***********************************
Berikut adalah tarikh permulaan peperiksaan pertengahan semester yang telah dimaklumkan oleh pihak universiti :-

Peperiksaan Pertengahan Semester : 12 - 26 Januari 2013
Permulaan Cuti Pertengahan Semester : 26 Januari 2013

***********************************
Justeru, selamat mempersiapkan diri buat semua ahli Avicenna, dan semoga menempah kejayaan dalam peperiksaan pertengahan tahun 2 sesi 2012/2013. Akhir kalam, مَنْ جَدَّ وَجَ ( "Siapa yang berusaha, maka dia akan dapat." ) Wassalam.

Oleh : Mohamad Jeffrey Bin Ismail, Ketua Batch AVICENNA Tanta University.

Sunday, December 2, 2012

Logo Rasmi AVICENNA



Sila klik link di bawah untuk memuat turun logo PERUBATAN dan AVICENNA.

KENYATAAN : "MidTerm & Winterbreak"


2 DIS 2012, Tanta University - Satu perjumpaan telah dibuat dengan pihak kordinator program bagi pelajar Malaysia untuk mendapatkan kepastian berkenaan tarikh permulaan peperiksaan pertengahan semester, tarikh mula cuti "winter break", dan status terkini berkenaan mahasiswa/wi tahun dua yang belum menyelesaikan prosedur pembayaran yuran pengajian universiti sama ada dibenarkan menduduki peperiksaan pertengahan tahun ataupun sebaliknya.

Dan ini adalah respon yang diterima :

1) Tarikh tepat masih belum dapat dipastikan, tetapi anggaran pihak universiti, peperiksaan pertengahan semester akan bermula pada minggu pertama Januari 2013.

2) Tarikh mula cuti "winter break" adalah pada 19 Januari 2013.

3) Status mahasiswa/wi tahun dua yang masih belum menyelesaikan prosedur pembayaran yuran pengajian universiti masih dalam perbincangan di peringkat pentadbiran universiti.

*************************************

Dalam pertemuan sebentar tadi, DR. Howaida jg menegaskan bahawa pihaknya tidak akan berkompromi dan akan bertegas tentang isu pembayaran yuran universiti & isu pengurusan mahasiswa/wi  Malaysia. Beliau menyifatkan pelajar Malaysia adalah setaraf dengan mahasiswa/wi Mesir dan mahukan mahasiswa/wi mematuhi segala prosedur yang ditetapkan oleh pihak Fakulti Perubatan, Universiti Tanta.

DR. Howaida juga turut mengingtkan para mahasiswa/wi Malaysia agar TIDAK mengambil ringan isu kehadiran ke sesi kuliah termasuk mahasiswa/wi yang mengulang tahun pengajian. Sekian, terima kasih.

Oleh : Mohamad Jeffrey Bin Ismail, Ketua Batch AVICENNA Tanta University.