Profil




AVICENNA Tanta University adalah nama rasmi bagi batch ke-7 pengajian perubatan sesi kemasukan 2012/1013 Fakulti Perubatan, Tanta University dan bernaung sepenuhnya di bawah Persatuan Perubatan Cawangan Tanta (PCT).


Nama AVICENNA telah dicadangkan oleh saudara Mohd Shafri b. Abu Bakar dan mula digunapakai secara rasmi pada 7 November 2012 dalam segala gerak kerja melibatkan batch. Sejarah pemilihan nama AVICENNA telah diambil dari sikap seorang tokoh ilmuwan Islam Ibnu Sina yang tabah meneroka dan menguasai pelbagai ilmu khususnya perubatan, tekun dalam mempelajari ilmu dan paling penting taat pada Allah SWT.

*****************************************

Pada Bab 2 KEAHLIAN,  Fasal 7 PERLEMBAGAAN PERUBATAN, Perkara 1 telah jelas tercatat bahawasanya :-

"Keahlian PERUBATAN adalah automatik kepada semua mahasiswa Malaysia dalam bidang sains kesihatan di Republik Arab Mesir. "

Justeru, seluruh ahli AVICENNA secara langsung mahupun tidak langsung adalah bernaung sepenuhnya di bawah Persatuan Pelajar-Pelajar Perubatan Malaysia-Mesir (PERUBATAN).

Dengan tertubuhnya struktur organisasi AVICENNA menjadikan sistem pentadbiran AVICENNA dalam menguruskan hal ehwal berkaitan pelajar batch ke-7 perubatan Tanta University lebih teratur dan sistematik.

*****************************************

AVICENNA mengambil kira 2 aspek utama yang menjadi dasar kepada pergerakkannya, iaitu :
  • KEBAJIKAN
  • AKEDEMIK
Atas dua teras utama di atas AVICENNA akan bergerak demi memastikan 2 aspek utama tersebut dapat dikekalkan dalam keadaan terbaik dan sempurna. 

0 comments:

Post a Comment