15 NOV. 2012, DPT - Satu bengkel praktikal Anatomy TURBO anjuran Unit Anatomy AVICENNA di bawah kelolaan Unit Akedemik Persatuan Perubatan Cawangan Tanta (PCT) telah berlangsung di dewan pelajar tanta (DPT).
Anatomy TURBO Workshop merupakan satu inisiatif baru yang dirangka
untuk membantu mahasiswa/wi tahun 2 pengajian perubatan Tanta
University.
Tujuan utama bengkel ini dirancang dan diadakan adalah untuk membantu
mahasiswa/wi perubatan tahun 2 dalam meningkatkan tahap penguasaan
terhadap subjek Anatomy secara praktikal khasnya dan juga teoritikal
amnya.
Secara teknikal perlaksanaannya, Bengkel ini akan diadakan secara
bersiri mengikut bab-bab yang diajarkan sepanjang tahun 2 meliputi tajuk
“Head, Neck, Neuroanatomy, dan Lower Limb.”
Sehubungan itu, seluruh mahasiswa/wi tahun 2 Fakulti Perubatan
Universiti Tanta adalah diseru supaya dapat melibatkan diri secara penuh dan memberikan komitmen yang setinggi-tingginya
dalam bengkel ini dan mengambil seberapa banyak ilmu yang boleh untuk
deterapkan dan digunakan pada masa hadapan kelak.
Semoga dengan perlaksanaan bengkel ini akan dapat mempermudahkan
seluruh pelajar tahun 2 dalam menguasai subjek Anatomy tahun 2 ini.
Sekian, Terima Kasih.











0 comments:
Post a Comment