27 NOV. 2012, Tanta University - 27/11/2012 menjadi satu tarikh bersejarah dan penuh bermakna bagi AVICENNA apabila sekumpulan pelajar AVICENNA Tanta University telah berjaya mengadakan satu flashmob yang diberi tema "FREE PALESTINE"
Idea yang tercetus dari ketua batch selaku penasihat utama program flashmob ini telah berjaya diterjemah apabila kumpulan pelajar ini berjaya memukau lebih 100 orang ramai yang berada di sekitar perkarangan hadapan Fakulti Perubatan untuk menyaksikan pertunjukan flashmob "FREE PALESTINE" yang berlangsung kira-kira 3 minit.
Pengarah flashmob, saudara Mohd Shafri B. Abu Bakar menyatakan rasa syukur dan gembira ketika ditemubual oleh pihak media yang hadir pada waktu itu. Beliau begitu tidak menyangkakan jumlah orang yang datang menyaksikan flashmob "FREE PALESTINE"
Penasihat program selaku pencetus kepada idea flashmob ini juga mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas buat semua AVICENNA Tanta University atas usaha dan komitmen yang ditonjolkan menerusi flashmob "FREE PALESTINE" yang julung-julung kali diadakan oleh pelajar Malaysia di Universiti Tanta ini, sekaligus yang pertama seumpamanya di universiti sekitar Mesir ini.
Semoga dengan usaha ini akan merintis lebih banyak program sebegini untuk menyedarkan orang ramai di seluruh dunia akan situasi yang sedang berlaku di bumi Palestin hari ini, sekaligus menyeru mereka agar terus membantu perjuagan saudara-saudara kita di Palestin demi membebaskan tanah suci Al-Quds.
Tahniah AVICENNA! Semoga Allah melihat usaha kalian.







0 comments:
Post a Comment