2 DIS 2012, Tanta University - Satu perjumpaan telah dibuat dengan pihak kordinator program bagi pelajar Malaysia untuk mendapatkan kepastian berkenaan tarikh permulaan peperiksaan pertengahan semester, tarikh mula cuti "winter break", dan status terkini berkenaan mahasiswa/wi tahun dua yang belum menyelesaikan prosedur pembayaran yuran pengajian universiti sama ada dibenarkan menduduki peperiksaan pertengahan tahun ataupun sebaliknya.
Dan ini adalah respon yang diterima :
1) Tarikh tepat masih belum dapat dipastikan, tetapi anggaran pihak universiti, peperiksaan pertengahan semester akan bermula pada minggu pertama Januari 2013.
2) Tarikh mula cuti "winter break" adalah pada 19 Januari 2013.
3) Status mahasiswa/wi tahun dua yang masih belum menyelesaikan prosedur pembayaran yuran pengajian universiti masih dalam perbincangan di peringkat pentadbiran universiti.
*************************************
Dalam pertemuan sebentar tadi, DR. Howaida jg menegaskan bahawa pihaknya tidak akan berkompromi dan akan bertegas tentang isu pembayaran yuran universiti & isu pengurusan mahasiswa/wi Malaysia. Beliau menyifatkan pelajar Malaysia adalah setaraf dengan mahasiswa/wi Mesir dan mahukan mahasiswa/wi mematuhi segala prosedur yang ditetapkan oleh pihak Fakulti Perubatan, Universiti Tanta.
DR. Howaida juga turut mengingtkan para mahasiswa/wi Malaysia agar TIDAK mengambil ringan isu kehadiran ke sesi kuliah termasuk mahasiswa/wi yang mengulang tahun pengajian. Sekian, terima kasih.
Oleh : Mohamad Jeffrey Bin Ismail, Ketua Batch AVICENNA Tanta University.







0 comments:
Post a Comment