Tuesday, December 4, 2012

KENYATAAN : Selamat Menempuh Musim Peperiksaan



Assalamualaikum w.b.t

Musim peperiksaan pertengahan semester kian menghampiri, sejauh manakah tahap persediaan anda semua? Diharapkan agar kita semua sudah mula melakukan persiapan dan persediaan bekalan yang lebih awal untuk dibawa ke dalam dewan peperiksaan kelak.

Musim peperiksaan sememangnya adalah satu musim yang amat menguji daya ketahanan mental semua orang, tidak kiralah dalam mana-mana bidang sekalipun, musim peperiksaan adalah musim yang sangat tidak digemari oleh kenyakkan pelajar.

Bagi mereka yang telah mula mempersiapkan bekalan untuk menghadapi medan pertempuran 'Mid Term' yang akan berlangsung kurang lebih sebulan sahaja lagi diucapkan selamat mempersiapkan bekalan, dan bagi mereka yang masih belum bermula lagi, jangan khuatir kerana belum terlambat untuk kita mempersiapkan diri dan bekalan kita. Namun, ini bukanlah bermakna kita perlu melengah-lengahkan masa yang ada.

Dalam satu hadis,
"Jika di tangan kalian ada benih kurma dan kalian tahu esok kiamat akan datang tetap tanamlah benih kurma itu. Jangan biarkan kiamat datang tanpa menanam benih kurma itu." 
(Bukhari dan Muslim)

Seterusnya, dalam kita semakin menghampiri fatrah 'Mid Term' ini, suka diingatkan kepada semua agar kita sama-sama menjaga hak yang perlu dijaga, semoga hak-hak ini tidak akan sama sekali kita abaikan semata-mata kerana mengejar kejayaan yang belum pasti milik kita. Dan kepada mereka yang memiliki lebihan ilmu, harapnya agar ilmu itu dapat dikongsikan kepada sahabat-sahabat kita lain. Jangan kita terlalu sombong dengan ilmu yang Allah pinjamkan kepada kita. Semoga persiapan dan perjalanan peperiksaan pertengahan semester ini akan lebih baik dari tahun lepas dan moga-moga Allah mengurniakan kejayaan pada kita semua.

***********************************
Berikut adalah tarikh permulaan peperiksaan pertengahan semester yang telah dimaklumkan oleh pihak universiti :-

Peperiksaan Pertengahan Semester : 12 - 26 Januari 2013
Permulaan Cuti Pertengahan Semester : 26 Januari 2013

***********************************
Justeru, selamat mempersiapkan diri buat semua ahli Avicenna, dan semoga menempah kejayaan dalam peperiksaan pertengahan tahun 2 sesi 2012/2013. Akhir kalam, مَنْ جَدَّ وَجَ ( "Siapa yang berusaha, maka dia akan dapat." ) Wassalam.

Oleh : Mohamad Jeffrey Bin Ismail, Ketua Batch AVICENNA Tanta University.

0 comments:

Post a Comment